Homestay Menarik di Malaysia

Apa itu “Homestay”?

Homestay adalah  merupakan satu bentuk pengalaman di mana pelancong tinggal bersama keluarga tuan rumah homestay yang telah berdaftar ataupun peniginapan yang berkonsepkan rumah. Para pelancong berpeluang untuk berinteraksi serta mengalami gaya hidup seharian masyarakat kampung dan kebudayaan mereka. Konsep utama yang ditekankan bagi produk ini adalah lebih kepada produk pelancongan lifestyle atau yang berunsurkan pengalaman.

Oleh itu, kepada ibu bapa yang ingin mengubah konsep melancong  dan menikmati gaya hidup orang kampung sebenar atau sesuatu lain dari yang lain. DI SINI TEMPATNYA.

Antara homestay yang menarik  di Malaysia ialah :

Tok Janggut Homestay and Retreat, Bukit Gantang, Taiping , Perak /Homestay Perak

Bersantai di kampung dengan “Retreat” getaway with English Tudor design COTTAGE dalam persekitaran Kampung Melayu terletak 14 kilometer dari Bandar Taiping atau dikenali dengan Bandar Bersejarah. Pilihan yang sangat baik untuk perhimpunan keluarga, perjumpaan mini, parti BBQ, tempat percutian syarikat untuk maksimum 35 orang atau penginapan hujung minggu breakaway. Homestay ini dibina khas untuk pengunjung yang bekeluarga.

Element-element menarik dan teruja untuk KELUARGA :
• KEMUDAHAN : Air – penghawa dalam setiap bilik, 2 TV (Astro Asas), Dapur, Perkakas memasak asas, Peti sejuk, Mesin basuh, Ketuhar gelombang mikro, pembakar roti, Seterika dan papan seterika, Dewasa Kolam Renang, BBQ Pit, Kawasan Tempat Makan Terbuka, sewa basikal dan retro motor honda dengan harga sewa yang rendah
• Aktiviti yang disediakan adalah BBQ, Ping-pong dan permainan dart, sewa Karaokel, Berenang di kolam renang, mandi manda di air terjun, jalan-jalan di kampung berdekatan menggunakan basikal dan motor, mini telematch dan mini games pool dan dll.

 

• PAKEJ KELUARGA :

1. 8 bilik = kampung (3 bilik) dan 5 buah chalet
(20 – 35 pax max)
2. 7 bilik = kampung (3 bilik) dan 4 chalet
(20 pax max)
3. 5 bilik = kampung (3 bilik) dan 2 chalet
(15 pax max)
4. Cottage (3 bilik) * untuk musim bukan puncak sahaja
(10 pax max)
• Harga tergantung pada bilik yang diinginkan.

 

MENU MENARIK
Makanan adalah eksklusif tetapi boleh diuruskan dan BBQ

HOMESTAY MENARIK DI MALAYSIA

Tok Janggut Homestay and Retreat

 

Jojo Rakit Kota Tinggi Johor

Jojo Rakit menawarkan konsep inap desa (homestay) di atas laut! Sementara anda memancing, keluarga boleh menonton TV, berkaraoke bersiar-siar menaiki bot atau lepak sahaja di gazebo sambil menikmati pemandangan di laut. Jojo Rakit terletak di Tanjung Buai, Teluk Sengat. Jaraknya kira-kira 30 kilometer dari Bandar Penawar, Desaru. Tetapi daripada jarak itu, sembilan kilometer adalah melalui jalan kampung dan ladang kelapa sawit.

Dari Jojo Rakit anda boleh nampak Pasir Gudang, Masai dan Singapura.

 

Element-element menarik dan teruja untuk keluarga:

  • Boleh memancing sambil berehat dan melaungkan masa bersama kelaurga
  • Menyediakan ruang memasak
  • Menyediakan pakej bot untuk pemancing.
  • Boleh menjaring, menjala, merawai, bubu dan bento (ketam).
  • Kanak-kanak boleh bermain di Taman Permainan yang disediakan
  • Boleh menonton televisyen kira-kira 20 saluran Indonesia, Singapura dan Malaysia dengan jelas dan karoeke
  • KEMUDAHAN : Karaoke, barbeque, dapur, kiosk menjual barang ringan, mini cafe, wakaf (gazebo) untuk sembahyang atau berehat, taman permainan
  • Pakej : Untuk keluarga, terdapat Bilik Besar muat untuk 5 orang.
  • Harga bilik serendah RM 70.

 

MENU MENARIK

Menyediakan pakej sarapan, makan tengahari, minum petang dan makan malam dengan pelbagai menu.

 

HOMESTAY MENARIK DI MALAYSIA

Jojo Rakit Kota Tinggi Johor

 

Kampungstay Desa Murni , Temerloh Pahang

Hanya 15 minit dari Temerloh Tol Lebuhraya Pantai Timur.  Reka bentuk rumah di ukir dengan gaya kampung dan gaya moden yang dapat memberikan pandangan berbeza kepada pelancong mengenai percutian  jika datang menginap di Homestay mereka. Menjadi daya tarikan kanak-kanak dengan aktiviti-aktiviti yang menarik. Sesuai untuk hari keluarga, majlis rasmi & tidak rasmi, perhimpunan dan sebagainya. Ianya murah dan mengikut Bajet.

 

Element-element  menarik dan teruja untuk KELUARGA:

  • Sediakan permainan Tradisional dari kampung mereka
  • Sediakan Basikal mengelilingi kawasan kampung dengan kadar sewa yang rendah.
  • Aktiviti menangkap ikan dan  lukisan Batik adalah termasuk dalam pakej
  • KEMUDAHAN : wi-fi, kolam renang, taman permainan kanak-kanak dan tempat letak kereta,Spa, Sauna dan Bekam (Bekam).
  • PAKEJ KELUARGA: 3D2N Family day , 2D1N Family day, 3D2N Kampungstay dan 2D1N Kampungstay.  FREE of charge bagi kanak 4 tahun dan ke bawah.
  • Harga berpatutan (RM 90 – RM 180 Bergantung pada jenis bilik)

 

 

MENU MENARIK

  • Ikan Patin Terpoyak dan masakan kampung/Traditional orang negeri Pahang.
  • Menu lain seperti Barbeque turut disediakan.

 

HOMESTAY MENARIK DI MALAYSIA

Kampungstay Desa Murni

 

Homestay Desa Balqis, Kuala Linggi Melaka

Salah satu homestay yang unik, dikatakan setiap sepuluh rumah di tempat tersebut digelar seperti atuk, nenek, mama, pakcik, makcik dll. Homestay ini memiliki suasana  di tepi selat melaka membuatkan tempat ini menarik untuk dikunjungi  dan melakukan aktiviti bersama keluarga. Terdapat beberapa rumah tradisional melayu yang disewa untuk dijadikan penginapan.

 

Element-element  menarik dan teruja untuk KELUARGA:

  • KEMUDAHAN : padang permainan, swimming pool yang besar, tempat makan yang boleh memuatkan 40 orang dalam satu-satu masa, Water heater dan aircond , karaoke set, peralatan untu aktiviti padang
  • Aktiviti disediakan adalah aktiviti-aktiviti di padang dewasa dan kanak-kanak, telematch di padang bersama ke;uarga, karaoke bersama keluarga, berenang di swimming pool,
  • PAKEJ: Pakej untuk keluarga sahaja.
    • FAMILY DAY EVENT2D 1N

(5buah rumah boleh memuatkan 40 orang)

Pakej tergantung jumlah ahli keluarga

 

  • Harga berpatutan . Serendah RM 200

 

MENU MENARIK

BBQ dan set Sarapan Pagi

HOMESTAY MENARIK DI MALAYSIA

Homestay Balqis

HOMESTAY MENARIK DI MALAYSIA

View Selat Melaka di Homestay Balqis

 

Homestay Sungai Haji Dorani, Sungai Besar, Sabak Bernam Selangor

Merupakan 120km perjalanan dari Kuala Lumpur. Memberi peluang kepada pelancong  merasakan keindahan duduk di tengah sawah berhampiran sungai. Home Stay ini diwujudkan oleh penduduk kampung tersebut bagi menawarkan sesuatu yang istimewa kepada para pelancong yang ingin merasai pengalaman tinggal dikampung orang Jawa.

 

Element-element  menarik dan teruja untuk KELUARGA:

  • Dibawa bersiar-siar ke sawah dan kebun dusun berdekatan
  • Persembahan dar tarian dan nyanyian oleh kumpulan kebudayaan kampung seperti kuda kepang, kompang, barongan dan gamelan jawa
  • Aktiviti bermain wau dan belajar terbangkan wau, boling rumput dan belajar melukis batik
  • PAKEJ :

2 Hari 1 Malam -Tinggal dengan keluarga angkat dan menikmati rutin harian dalam masyarakat agro berasaskan. Penginapan dan makanan disediakan.

 

3 Hari 2 Malam -Tinggal dengan keluarga angkat dan dilayan oleh kumpulan kebudayaan tempatan. Aktiviti-aktiviti sosial dan rekreasi akan diatur. Termasuk lawatan ke kilang-kilang PKS dan industri asas tani lain. Penginapan dan makanan disediakan.

MENU MENARIK

Menu dari adat tradisi orang jawa.

HOMESTAY MENARIK DI MALAYSIA

Homestay Sungai Haji Dorani

Homestay Borneo Benuk,  Kuching , Sarawak

Homestay Kampung Benuk, 34 km dari Bandaraya Kuching adalah homestay yang terdekat untuk pelawat atau pelancong yang ingin mengalami kehidupan dalam sebuah rumah panjang asli. Kampung Benuk Homestay merupakan salah satu daripada beberapa yang masih hidup Bidayuh Longhouse di Sarawak. Budaya Bidayuh adalah sacredly dipelihara di tengah-tengah pesat tempat pengambilan pembangunan di kampung. Sangat menarik untuk di kunjungi bersama keluarga untuk mengenali adat-budaya yang boleh dikatakan unik dan menarik yang jarang kita lihat dalam era globalisasi ini.

 

Element- Element menarik dan teruja untuk KELUARGA:

  • Akitiviti – aktiviti yang disediakan :
    • Lawatan ke Bidayuh di rumah panjang tradisional:
    • Lawatan ke Panggah: dewan perbincangan Secret di mana pahlawan besar tinggal di zaman dahulu dan beberapa tengkorak musuh kira-kira 400 tahun yang lalu telah disimpan.
    • Lawatan ke Muzium Mini: Satu-satunya muzium yang terdapat di kawasan Penrissen dengan koleksi peribadi antik, peralatan tradisional & aksesori dan artifak budaya sejak awal 1930-an.
    • Jambatan Buluh Tradisional menyeberangi sungai padi ladang, kopi, koko, lada, sayur-sayuran, buah-buahan dan taman getah.
    • Aktiviti pertanian tradisional di ladang padi dan pengalaman tangan dalam aktiviti harian petani di taman mereka.
  • KEMUDAHAN : Menyediakan bilik yang bersih dengan kipas, bilik mandi biasa / tandas, elektrik dan televisyen, pelbagai guna dewan orang ramai, klinik desa, kedai runcit, sekolah, bidang sukan, perpustakaan, telefon awam, tandas awam dan perhentian bas. Selain itu, kampung ini juga mempunyai Tourist Information Centre.
  • PAKEJ : 2D1N,3D2N,4D3N,DAY VISIT ( Tergantung dengan pakej yang ditetapkan)
  • Harga serendah RM 35

 

MENU MENARIK

Makan malam makanan tradtional bersama dengan keluarga homestay di samping  persembahan kebudayaan oleh homestay kumpulan kebudayaan

Homestay Borneo Benuk, Kuching , Sarawak

 



 



 

NEGERI DAN BANDAR DI MALAYSIA 

Johor, Kedah, Kelantan, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor, Terengganu, Wilayah Persekutuan, Johor Bahru, Tebrau, Pasir Gudang, Bukit Indah, Skudai, Kluang, Batu Pahat, Muar, Ulu Tiram, Senai, Segamat, Kulai,Kota Tinggi, Pontian Kechil, Tangkak, Bukit Bakri, Bukit Bakri, Yong Peng, Pekan Nenas, Labis, Mersing, Simpang  Renggam, Parit Raja, Kelapa Sawit,  Buloh Kasap, Chaah, Sungai Petani, Alor Setar, Kulim, Jitra, Baling, Pendang, Langkawi, Yan, Sik, Kuala Nerang, Pokok Sena, Bandar Baharu, Kota Bharu, Pangkal Kalong, Tanah Merah, Peringat, Wakaf Baru, Kadok, Pasir Mas, Gua Musang, Kuala Krai, Tumpat, Bandaraya Melaka, Bukit Baru, Ayer Keroh, Klebang, Masjid Tanah, Sungai Udang, Batu Berendam, Alor Gajah, Bukit Rambai, Ayer Molek, Bemban, Kuala Sungai Baru, Pulau Sebang, Seremban, Port Dickson, Nilai, Bahau, Tampin, Kuala Pilah, Kuantan, Temerloh, Bentong, Mentakab, Raub,Jerantut, Pekan, Kuala Lipis, Bandar Jengka, Bukit Tinggi, Ipoh, Taiping, Sitiawan, Simpang, Empat, Teluk Intan, Batu Gajah, Lumut, Kampung Koh, Kuala Kangsar, Sungai Siput Utara, Tapah, Bidor, Parit Buntar, Ayer Tawar, Bagan Serai, Tanjung Malim, Lawan Kuda Baharu, Pantai Remis, Kampar, Kangar,Kuala Perlis, Bukit Mertajam, Georgetown, Sungai Ara, Gelugor, Ayer Itam, Butterworth, Val d’Or, Perai, Nibong Tebal, Permatang Pauh, Tanjung Tokong, Kepala Batas, Tanjung Bungah, Juru, Kota Kinabalu, Sandakan, Tawau, Lahad Datu, Keningau, Putatan, Donggongon, Semporna, Kudat, Kunak, Papar, Ranau, Beaufort, Kinarut, Kota Belud, Kuching, Miri, Sibu, Bintulu, Limbang, Sarikei, Sri Aman, Kapit, Batu Delapan Bazaar, Kota Samarahan, Subang Jaya, Klang, Ampang Jaya, Shah Alam, Petaling Jaya, Cheras, Kajang, Selayang Baru, Rawang, Taman Greenwood, Semenyih, Banting, Balakong, Gombak Setia, Kuala Selangor, Serendah, Bukit Beruntung, Pengkalan Kundang, Jenjarom, Sungai Besar, Batu Arang, Tanjung Sepat, Kuang, Kuala Kubu Baharu, Batang Berjuntai, Bandar Baru Salak Tinggi, Sekinchan, Sabak, Tanjung Karang, Beranang, Sungai Pelek, Kuala Terengganu, Chukai, Dungun, Kerteh, Kuala Berang, Marang, Paka, Jerteh, Kuala Lumpur, Labuan, Putrajaya,

About the Author

Profile photo of Travango

By travango / Administrator, bbp_keymaster

Follow etravelgo
on Jan 23, 2016